Sunday, July 28, 2013
Menghitung hari..
Diam x diam dah masuk 3 bulan sejak peristiwa pahit dalam hidup aku berlalu.
Segala kebenaran dah terungkai dan x mungkin masa dapat diputarkan semula.
Aku kini masih berdoa agar dia dilembutkan hati, meninggalkan aku tanpa kata-kata merupakan sesuatu yang x pernah aku bayangkan.
Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Sejak 2 bulan lepas peristiwa itu jugalah abang dia menyepikan diri, begitu juga dia.
Aku sempat mengucapkan ulangtahun ke 2 kami, namun sejak itu aku dapat tau dpd kawan2 semua, dia dah anggap kami x ade jodoh.
Saat tu nafas aku terasa tersekat-sekat dan aku rasa mcm org sasau.
Aku pasti dia menyatakan aku yg putuskan hubungan kami padahal kenyataan nya aku masih dengan pendirian aku untuk teruskan hubungan kami walaupun banyak kisah pahit yang singgah.
Aku pasrah kini dia dah mendiamkan diri, begitu juga laman sosial spt facebook,twitter dan instagram dah lama dia 'unfollow' aku.
Apa salahku? Yg aku sedar sejak abang dia minta no.acc bank aku pd dia, mulalah noktah perhubungan kami.
Aku buntu, apa yg difikirkannya? Adakah aku terlalu hina pada mata dia?
Aku sanggup terima dia seadanya, cerita yg x masuk akal juga aku sanggup telan demi pertahankan cinta kami.
Klu dia fikir aku curang,aku dah lama mengaku kecurangan aku hanyalah ke tahap aku contact abg dia senyap2.
Dan semua itu bukanlah dirancang. Dan aku bukanlah gila untuk contact org yg banyak menghalang hubungan kami.
Hmm..tp aku cuma dapat lihat air muka dia sangat sedih apabila abang dia mula buang dia.
Sehinggakan aku di depan dia, mcm x brmakna. Aku cuba bersabar kerana aku tau pd saat itu dia betul2 kehilangan.
Aku cuma berdoa pd ketika itu, bila sampai suatu saat aku merasakan situasi yg sama,dia akan ada untuk aku.
Namun sangkaan aku meleset sekali. Sehinggalah ke hari ini..dia hilang tanpa bayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.